Koperasi Sumbangan Bakti Batang Padang Berhad

Tentang
Kami
Koperasi Sumbangan Bakti Batang Padang Berhad pada awal penubuhannya didaftarkan sebagai Syarikat Kerjasama Serbaguna Sumbangan Bakti Berhad di Jabatan Pembangunan Koperasi.
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj Mohd Jumah bin Satir, Hj Mohd Yusof bin Zainal dan Haji Abdul Wahab bin Abu Bakar yang mengusulkan cadangan tersebut pada penghujung Oktober 1971.
Di awal tahun 1972, kertas kerja dan kerja-kerja berkaitan pernubuhan disusun sehinggalah koperasi itu berjaya didaftarkan pada 28 Februari 1972.

Anggota Lembaga
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) untuk Tahun 2025 terdiri daripada 12 anggota tidak termasuk kakitangan syarikat.



Encik Mohd Azman
Bin Abdul Rahim

Pengerusi
HJ Juhari Bin HJ Ibrahim
Setiausaha
Encik Zulhizar Bin Mat
Zaki
Bendahari

Kronologi Penubuhan
28 Februari 1972
Jalan Stesyen Tapah
Julai 1974
Bangunan Stesyen Bas Tapah
Awal 1984
Bangunan No. 56
Ogos 1988
Bangunan No.57
24 Disember 2008
Wisma Bakti
i) Ditubuh dan didaftarkan pejabatnya di No 65, Jalan Stesyen, Tapah, Perak Darul Ridzuan
ii) Menumpang di No 4, Bangunan Stesyen Bas Tapah, di Pejabat Ahli Parlimen Tapah YB En. Azharul Abidin b Hj Abd Rahim
iii) Menyewa di Bangunan No. 56, Jalan Besar Tapah milik Encik Palaniady yang merupakan pemilik Stesyen Petrol Mobil Tapah.
iv) Berpindah ke bangunan sendiri No. 57, Jalan Besar Tapah. Kedai itu dibeli daripada Encik Chew Chor Wee
v) Berpindah ke bangunan sendiri No. 52, Tingkat 1, Jalan Besar Tapah. Kedai itu dibeli daripada Encik Woo Tuck Kee

Haji Abdul Wahab Bin Abu Bakar
​
Allahyarham merupakan salah seorang Pengasas Koperasi Sumbangan Bakti Batang Padang Berhad dan memegang jawatan Pengerusi dari Tahun 1993 sehingga Tahun 2019. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit DYMM Sultan Perak pada tahun 1976. Pada tahun 1982 beliau dilantik sebagai ahli EXCO Negeri untuk satu penggal dan kemudian dilantik sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia (Senator) sehingga tahun 1986.

Bangunan Pertama milik Koperasi Sumbangan Bakti Batang Padang Berhad dimiliki pada Tahun 1988








